Language : English(OFF MODE)
Malas aku nak berspeaking mlm ni. Boring.
Suami balik lambat la pulak, dia bz nowadays.
Malam yang sepi...baby tidur agak awal, aku berseorangan melayari facebook dan membaca blog ntah sapa2 ntah yang aku jumpa. Menarik jugak baca kisah hidup orang, ada yang happy, ada yang merungut tak sudah, ada jugak yang menarik. Macam-macam ada!!!
Aku terfikir sesuatu, kenapa perempuan mudah jatuh cinta? Kadang-kadang tu baru kenal dengan lelaki tu dah bercintan cintun. Rela mati demi si polan ni. Apa nak jadi?? Kadang-kadang tu, bulan Januari putus cinta...kecewa menonggeng, dulu; kau-la-ku-sayang kini; pergi-mati-la-kau, tup tup bulan feb. dah ada pengganti. Pelik rasanya. Lepas tu bulan Ogos, kecewa lagi. Lebih teruk dari yang dulu. Kenapa? Tepuk dada tanya selera la kawan. Tak sangka pulak aku, bulan Oktober dah ada pengganti lagi. Hebat! Cepat betul termakan ayat.
Ada juga yang dah ada kekasih hati, tapi tak mau mengaku yang dia dah berpunya. Tak kecil hati kah si kekasihnya tu? Rela bagi tahu kawan yang si kekasihnya ni hanya lah sahabat. Tak lebih dari itu.
Ada juga, baru jumpa seminggu. Minggu depannye dah kawin. Wow! Gambling dengan masa depan sendiri. Menakutkan.
Aku dulu berkenalan dengan suami aku masa di kolej tahun 2002. First time nampak dia, selera aku untuk pandang lelaki lain terpadam buat selama-lamanya. Dia tak la hensem mana, berharta jauh sekali. Tu pun kawan baik aku yang bagi tahu, si dia ada motor. Tu pun aku tak kisah sangat, sebab bukan motor dia yang aku kisah. Aku cuma nak tahu pasal dia je. yang menarik tentang dia ialah mata dia. Cara dia pandang aku, aku sedar dia pun asyik memandang aku masa tu. Dia senior aku masa tu, dia yang menjalankan orentasi untuk batch aku masa tu. Entahlah, macam ada magnet yang menarik kami berdua, kami tak pernah bertegur pun masa mula-mula kami berjumpa. Tapi mata kami mencari antara satu sama lain. Semuanya terungkai masa lecturer aku bagi tahu aku yang si dia ni minat nak berkenalan dgn aku. Aku agak berhati-hati juga, aku tak nak kecewa lagi. Aku tunggu sehingga dia bagi tahu aku apa yang dia rasa. Lama juga aku tunggu akhirnya terungkai sudah teka teki, dia memulakan langkah pertama.
Selebihnya biarlah rahsia hahaha...no la nothing rahsia pun. Tahun 2008, aku dan dia sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah, kami bahagia sekarang. Kalau di kira dah tujuh tahun kami bersama dari dia pakai motor RXZ sampai dah pakai BMW dan sebijik kuda putih parkir kat porch depan ni, suka duka kami tempuhi dan banyak bertoleransi antara satu sama lain. Maaf memaafkan pun jadi rencah dalam hubungan, itu yang membuatkan kami lebih matang dan lebih mengenali diri masing-masing. Hubungan kami lebih berbunga setelah kami dikurniakan cahaya mata yang dah berusia setahun lebih dah ni. Alhamdulillah.
Apa yang penting??? Kerjasama :)
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
walking blog..see u page such as sweet blog =D
ReplyDeletethankies
ReplyDelete